Tuesday, 12 June 2012

Tempat-Tempat Menarik

Kawasan Rekreasi Sungai Inki, Kalumpang






Tarikannya utamanya ialah sungai dan antara kemudahan yang disediakan adalah

  • pondok
  • kawasan perkhemahan
  • bilik persalinan
  • wakaf
  • dewan
  • surau
  • tandas

Taman Millenium, Kuala Kubu Bharu





Tarikankan utamanya ialah kawasan rekrasi, tasik, dan pemandangan yang menyejukkan mata. Antara kemudahan yang disediakan adalah :
  • kemudahan rekreasi aktif
  • kemudahan rekreasi pasif
  • tandas
  • stadium
  • menara pandang
  • gerai
  • surau
  • dewan
  • wakaf
  • bilik persalinan 
Rumah Rehat Gap








Antara tarikannya ialah kawasan tanah tinggi, bangunan bersejarah, 'bird watching'. Kemudahan yang disediakan pula adalah :
  • 8 bilik dan dewan makan.
  • *bangunan ini masih dalam proses membaikpulih.  


Kolam Air Panas Hulu Tamu, Batang Kali






Tarikan utama ialah kolam air panas dan kemudahan yang disediakan adalah :
  • tandas
  • wakaf untuk beristirehat
  • bilik persalinan. 
Rumah Rehat KKB



Beralamat di Rumah Rehat Kuala Kubu Bharu, Jalan Padang Golf, 44000 Kuala Kubu Bharu
Antara tarikan utamaya adalah sebagai tempat perlancongan, melakukan aktiviti rekreasi, golf, dan seminar. Kemudahan yang disediakan pula adalah seperti :
  • 10 bilik untuk menginap
  • 1 VIP suite
  • restoran
  • bilik seminar dan bilik mesyuarat
  • dewan
  • tandas
  • surau
Santuari Ikan Kelah, Sungai Chilling





Tarikan utamanya adalah air terjun, ikan kelah, dan merantas hutan. Kemudahan yang disediakan adalah :
  • pondok
  • surau
  • tandas
  • bilik persalinan


Kuih Tradisional Hulu Selangor

Tat Bengkulu

Sejenis kuih tradisional daripada masyarakat Bengkulu. Tat ini menggunakan inti kelapa dan kuihnya dibuat besar dan selalunya berasaskan bentuk daun. Proses membuat kuih ini masih lagi menggunakan cara tradisional iaitu dengan membakarnya menggunakan cara manual. Kuih ini juga dikatakan kuih tradisional Sungai Choh dan tidak ramai yang mengetahui akan kewujudannya. Dinamakan 'Tat Bengkulu' kerana asalnya dari Bengkulu Sumatera. Dahulunya saiz tat ini sebesar tapak tangan tapi kini telah dikecilkan supaya sesuai dihidangkan ketika minum petang. Warna keemasan menjadikannya sesuai dihidangkan pada hari perayaan dan dijadikan hantaran perkahwinan. Kelembutan adunanya dan kelazatan inti kelapanya memang terasa hinggakan sekali cuba pasti nak lagi. Tanpa bahan pengawet / perisa tiruan menjadikannya tahan sehingga satu bulan.


Friday, 8 June 2012

Latar Belakang Hulu Selangor


Daerah Hulu Selangor dahulunya dikenali sebagai Ulu Selangor adalah merupakan daerah yang terletak di utara Selangor. Dari sudut geografi, Daerah Hulu Selangor terletak di utara Lembah Klang dengan keluasan 174,047 hektar, hampir sama keluasan dengan Negeri Melaka. Jumlah penduduknya sehingga tahun 2008 adalah seramai 197,916 orang dan unjuran penduduk sehingga tahuin 2020 adalah seramai 306, 073 orang penduduk keseluruhannya.   Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang terbesar daripada sembilan buah daerah di Negeri Selangor. Ia bersempadan dengan Negeri Perak di utara dan Negeri Pahang di sebelah timur. Daerah yang pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai The Sleeping Hollow’ serta terletak di kawasan terpinggir dari limpahan kemajuan negara, kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor ke arah “Negeri Idaman, Maju dan Sejahtera”.
Daerah Hulu Dselangor dipecahkan kepada beberapa mukim yang ditadbir oleh penghulu. Antara mukimnya adalah seperti berikut : 

Jadual  :Menunjukkan mukim di daerah Hulu Selangor beserta keluasannya

Mukim
Keluasan (Hektar)
Keluasan (Ekar)
 1
 Hulu Bernam
44,680
11,0405
 2
 Kalumpang
4,144
10,240
 3
 Kuala Kalumpang
3,885
9,599
 4
 Sungai Gumut
4,144
10,240
 5
 Sungai Tinggi
16,006
39,550
 6
 Kerling
17,534
43,326
 7
 Ampang Pecah
4,143
10,237
 8
 Buloh Telur
2,589
6,397
 9
 Pertak
20,383
50,366
 10
 Rasa
8,262
20,416
 11
 Batang Kali
16,265
40,191
 12
 Hulu Yam
11,111
27,456
 13
 Serendah
12,901
51,647
Jumlah
174,047
430,070
Sumber : Pejabat Daerah & Tanah Hulu Selangor, 2007
Kini, Daerah Hulu Selangor mampu berbangga dengan wujudnya pelbagai projek-projek mega seperti ikawasan Otomobil Nasional Kedua atau Perodua, kawasan perindustrian, perumahan , pelancongan, Bandar moden di Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, Sungai Buaya, Serendah, Batang Kali dan Lembah Beringin di Kerling. Pembinaan persimpangan lebuh raya PLUS di Bukit Beruntung dan di Lembah Beringin menambahkan lagi kerancakan pembangunan kawasan ini. Cadangan persimpangan Bandar Sungai Buaya dijangka dapat menampung pembangunan pesat di Daerah Hulu Selangor.
Selain daripada rangkaian lebuh raya Utara-Selatan PLUS dan Jalan Utama Persekutuan Kuala Lumpur ke Tanjung Malim, terdapat juga Rangkaian jalan negeri seperti jalan Hulu Yam ke Sungai Tua, Batang Kali ke Genting Highlands, Sungai Tengi ke Batang Berjuntai dan Kuala Kubu Bharu ke Bukit Fraser. Semuanya merupakan pintu masuk ke Daerah Hulu Selangor. Kawasan kaki Banjaran Titiwangsa ini kaya dengan bukit-bukau yang menghijau dan telah menarik tumpuan industri pelancongan serta penubuhan institusi pendidikan di daerah ini.
Sejarah Daerah Hulu Selangor bermula sewaktu pemerintahan Inggeris di Kuala Kubu Bharu iaitu pada tanggal 12 Mei 1883, selepas Sembilan tahun campur tangan British di Negeri Selangor. Sewaktu itu, Pentadbiran Daerah Hulu Selangor dikenali sebagai ‘Collector and Magistrate of Ulu Selangor’. Antara pemerintahnya pada ketika itu ialah Cecil Ranking dan Mac Carthy iaitu semasa Frank Sweettenham menjadi Residen British di Selangor. Pentadbiran daerah pada mulanya terletak di Kuala Kubu (lama) yang kini dikenali dengan nama Ampang Pechah . Pemindahan ke tempat pentadbiran yang baru pada 1 September 1930 seperti yang terdapat pada masa kini adalah kerana kawasan bandar lama tersebut terletak di kawasan yang rendah dan sering berlaku kejadian banjir besar.