Daerah Hulu
Selangor dahulunya dikenali sebagai Ulu Selangor adalah merupakan daerah yang
terletak di utara Selangor. Dari
sudut geografi, Daerah Hulu Selangor terletak di utara Lembah Klang dengan
keluasan 174,047 hektar, hampir sama keluasan dengan Negeri Melaka.
Jumlah penduduknya sehingga tahun 2008 adalah seramai 197,916 orang dan unjuran
penduduk sehingga tahuin 2020 adalah seramai 306, 073 orang penduduk
keseluruhannya. Daerah Hulu Selangor juga merupakan daerah yang
terbesar daripada sembilan buah daerah di Negeri Selangor. Ia bersempadan
dengan Negeri Perak di utara dan Negeri Pahang di sebelah timur. Daerah yang
pada suatu ketika dahulu dikenali sebagai ‘The
Sleeping Hollow’ serta terletak di kawasan terpinggir dari limpahan
kemajuan negara, kini telah mengorak langkah dengan menggiatkan pembangunan dan
kemajuan di semua bidang selaras dengan visi Negeri Selangor ke arah “Negeri
Idaman, Maju dan Sejahtera”.
Daerah Hulu Dselangor dipecahkan kepada beberapa mukim
yang ditadbir oleh penghulu. Antara mukimnya adalah seperti berikut :
Jadual :Menunjukkan mukim di daerah Hulu Selangor
beserta keluasannya
Mukim
|
Keluasan
(Hektar)
|
Keluasan
(Ekar)
|
|
1
|
Hulu Bernam
|
44,680
|
11,0405
|
2
|
Kalumpang
|
4,144
|
10,240
|
3
|
Kuala Kalumpang
|
3,885
|
9,599
|
4
|
Sungai Gumut
|
4,144
|
10,240
|
5
|
Sungai Tinggi
|
16,006
|
39,550
|
6
|
Kerling
|
17,534
|
43,326
|
7
|
Ampang Pecah
|
4,143
|
10,237
|
8
|
Buloh Telur
|
2,589
|
6,397
|
9
|
Pertak
|
20,383
|
50,366
|
10
|
Rasa
|
8,262
|
20,416
|
11
|
Batang Kali
|
16,265
|
40,191
|
12
|
Hulu Yam
|
11,111
|
27,456
|
13
|
Serendah
|
12,901
|
51,647
|
Jumlah
|
174,047
|
430,070
|
Sumber : Pejabat Daerah
& Tanah Hulu Selangor, 2007
Kini, Daerah Hulu Selangor mampu berbangga dengan wujudnya
pelbagai projek-projek mega seperti ikawasan Otomobil Nasional Kedua atau
Perodua, kawasan perindustrian, perumahan , pelancongan, Bandar moden di Bukit
Beruntung dan Bukit Sentosa, Sungai Buaya, Serendah, Batang Kali dan Lembah
Beringin di Kerling. Pembinaan persimpangan lebuh raya PLUS di Bukit Beruntung
dan di Lembah Beringin menambahkan lagi kerancakan pembangunan kawasan ini.
Cadangan persimpangan Bandar Sungai Buaya dijangka dapat menampung pembangunan
pesat di Daerah Hulu Selangor.
Selain daripada rangkaian lebuh raya Utara-Selatan PLUS dan
Jalan Utama Persekutuan Kuala Lumpur ke Tanjung Malim, terdapat juga Rangkaian
jalan negeri seperti jalan Hulu Yam ke Sungai Tua, Batang Kali ke Genting
Highlands, Sungai Tengi ke Batang Berjuntai dan Kuala Kubu Bharu ke Bukit
Fraser. Semuanya merupakan pintu masuk ke Daerah Hulu Selangor. Kawasan kaki
Banjaran Titiwangsa ini kaya dengan bukit-bukau yang menghijau dan telah
menarik tumpuan industri pelancongan serta penubuhan institusi pendidikan di
daerah ini.
Sejarah Daerah Hulu Selangor bermula sewaktu pemerintahan
Inggeris di Kuala Kubu Bharu iaitu pada tanggal 12 Mei 1883, selepas Sembilan
tahun campur tangan British di Negeri Selangor. Sewaktu itu, Pentadbiran Daerah Hulu Selangor dikenali sebagai ‘Collector and Magistrate of
Ulu Selangor’. Antara
pemerintahnya pada ketika itu ialah Cecil Ranking dan Mac Carthy iaitu
semasa Frank Sweettenham menjadi Residen British di Selangor. Pentadbiran
daerah pada mulanya terletak di Kuala Kubu (lama) yang kini dikenali dengan
nama Ampang Pechah . Pemindahan ke tempat pentadbiran yang baru pada 1
September 1930 seperti yang terdapat pada masa kini adalah kerana kawasan
bandar lama tersebut terletak di kawasan yang rendah dan sering berlaku
kejadian banjir besar.
No comments:
Post a Comment